less.is.more

Tuesday, November 16, 2010

Perempuan. Suka bertanya soalan-soalan pathetic seperti;


Awak sayang saya tak?
Awak rindu saya tak?
Awak sayang saya banyak mana?

Bila si dia tak balas, atau lambat balas, mesti nak sentap guna ayat, "Kalau awak betul-betul sayang tak perlu pun nak fikir-fikir boleh terus jawab je.."


Perlu ke perasaan sayang diberitahu setiap hari? Eh tak tak. PERLU KE ASYIK NAK TANYA ORANG ITU SAYANG KAU KE TIDAK? Elok-elok dia sayang terus jadi muak dan hilang rasa sayang. You know what? Sesuatu itu mungkin akan kurang signifikannya jika diberi secara mudah dan berlebihan. Less is more lah.


Perempuan. Selalu nak berfikir sesuatu yang tidak perlu/tidak penting secara mendalam. Bila si dia seperti dingin, atau suram, atau tidak bersemangat seperti selalunya, mesti nak fikir entah apa-apa.


Dia sudah tidak sayang kah?
Aku sudah tidak menggembirakan diakah?
Entah-entah dia dah jumpa orang yang lebih baik.

Kemudian mula mengaitkan kejadian si dia tolong hantar Melah ke asrama, kekerapan si dia berjumpa si Suzie di perpustakaan untuk menyiapkan kerja kumpulan, dan terbayang kata-kata si dia memuji Fiona pandai main boling. Semuanya hanya spekulasi, bukan apa-apa pun. Tapi mesti nak rasa sedih, lalu mula nak buka bunga-bunga cari gaduh minta perhatian, dan akibatnya gaduh besar. Padahal pucuk pangkalnya bukan apa-apa, hanya emosi sendiri. Tak fikirkah mungkin si dia ada masalah keluarga/kewangan/pelajaran atau apa sahaja? Kau sepatutnya menjadi orang yang paling menenangkan hatinya, bukan penambah stress. Haishh...


Perempuan. Selalu nak terasa apabila si dia memuji perempuan cantik lain. Or perempuan lain yang cantik. Whatever. Ini aku tak boleh terima. Siapa tak suka perempuan cantik? Aku sendiri suka melihat dan memuji perempuan cantik, apatah lagilah kaum berlawanan. Menghargai sesuatu yang cantik tidak membuatkan kau bertambah hodoh pun. Biarlah si dia nak puji perempuan cantik pun, kau sendiri tahu dalam hati dia hanya dipenuhi wajah kau kan?


Perempuan. Selalu nak sibuk bertanya kisah silam si dia. Siapa bekas kekasih? Berapa lama bersama? Hadiah apa pernah bagi? Bila si dia enggan bercerita, pandai pula guna ayat, "Ala cerita jelah, Ai open je. Ai boleh je terima..". Tapi bila si dia benar-benar bercerita, mula nak membanding-bandingkan, mula rasa terancam, mula rasa berbaur-baur perasaan. Sedangkan kau sendiri yang memaksa segalanya dibongkarkan.. Girls, please please please do not let your/his past ruin your present happiness. Tak berbaloi kot.


Perempuan yang berkawan baik dengan lelaki, apabila si lelaki bercinta, bertunang atau berkahwin dan mula menumpukan perhatian pada hubungan baru lalu rengganglah sedikit persahabatan itu, mesti nak terasa hati. Mesti nak sentap. Sket2 nak sentap. Aiyooo x sesuai lah.


"Sejak kahwin lupa dah aku, aku ni kawan dia bertahun-tahun..".


Haih. Kalau kau benar-benar sahabat yang baik, mesti kau akan lebih memahami situasi dan keutamaannya. Being a true bestfriend, you should just pray for his happiness instead. Unless kalau kau memang menyimpan perasaan lain terhadap kawan baik kau tu.


Perempuan. Bila bergaduh sibuklah nak bercerita canang habis pada orang lain. Ketika itu si dia itulah yang paling buruk, paling teruk, pendek kata memang menyesal lah kau bercinta dengan dia. Bercerita pula penuh berjujuran air mata, dan orang yang mendengar mula mengasihani dan mula berpandangan buruk terhadap si dia, yang deep inside kau tahu dialah yang sangat kau sayangi dan sangat kau mahukan. Tiba-tiba esok lusa sudah berbaik, sudah ketawa bersama, sudah makan bersuap kembali. Dan kau tanpa segan silu menceritakan betapa bahagianya kau pada orang yang sama yang mendengar kisah sedih kau kelmarin. Kau fikir apa yang mereka rasa? *loser*


*****************


Perempuan. Kau, dia, aku. Please do not let your emotions cloud your judgement. Be the smartest woman. If you do not appreciate yourself, do not expect others will do it for you.

4 comments:

Aleen Aiden said...

aku bace sambil senyum dan befikir dengan tenang.aku rase aku xde kot ciri wanita d atas...hahah! :P

Violet said...
This comment has been removed by the author.
unidentified said...

just few only lar in diz world...
violet klau nk removed post...remove lar skali ngn id yer :P

Violet said...

xperlu remove id..post tu trpaksa remove atas sbb yg xdapat dielakkan :))