Mereka hairan kenapa kita masih bersama
Mereka kata, saya layak untuk dapat yang jauh lebih baik dari awak
Dan tiap kali itu juga saya hanya tersenyum
Mungkin awak x sehebat lelaki lain
Kadang-kadang awak kasar
Kadang-kadang angin baran awak datang x kira masa
Adakalanya pening kepala melayan karenah awak yang keras kepala
Tapi apa pun
Sekasar mana pun awak, bila tonton cerita korea awak menangis juga
Biarpun awak x hensem mana, awak x pernah pertikaikan rupa saya
Kata awak saya lah wanita tercantik dalam dunia
Biarpun adakalanya awak degil x dengar kata
Tapi sayang nya awak ke saya, saya sorang boleh rasa
Memang kadang-kadang baran awak x menentu tapi manja awak tetap ada
Buat apa cerita bahagia yang kita rasa?
Biar apa orang kata, peduli kata mereka
Saya lagi kenal sayang saya....
1 comments:
zara! so sweet! happy for u babe! ^_^
Post a Comment